Aluan Pengarah
PROF. DR. WAN NORHAYATE BINTI WAN DAUD
Pengarah CenTTM
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Assalamualaikum wmt. wbt. dan salam sejahtera.
Selamat datang ke laman web Pusat Pengurusan Bakat dan Latihan atau Centre for Talent and Training Management (CenTTM), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).
Pusat ini menyediakan program latihan pemerkasaan kompetensi dan bakat untuk semua staf UniSZA sejajar dengan agenda strategik pendidikan tinggi Malaysia. Pembentukan program disandarkan kepada lapan nilai teras yang dikenali sebagai Naseem iaitu ilmu, iman dan akhlak, amal, kepimpinan, kolaborasi, keusahawanan, inovasi dan transformasi. Pembinaan program latihan CenTTM juga menjurus kepada pembangunan profesional berterusan bagi memenuhi dasar latihan sumber manusia sektor awam negara.
Aktiviti kecemerlangan bakat anjuran CenTTM tertumpu kepada empat elemen utama iaitu pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan dan pengkomersialan, pemerkasaan bakat dan kelestarian kepimpinan. Program latihan CenTTM dilaksanakan secara berfokus dan berdasar kepada kompetensi jawatan bagi memantapkan kualiti perkhidmatan seluruh warga UniSZA. CenTTM juga mengutamakan pembelajaran sepanjang hayat dan perkongsian ilmu dengan komuniti sejajar dengan falsafah universiti iaitu Ilmu Demi Faedah Insan.
Terima kasih kerana mengunjungi laman web CenTTM dan salam hormat.