UniSZA      CenTTM      e-Latihan

KURSUS ORIENTASI STAF BAHARU SIRI 3/2023

 

 

Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Pengurusan Bakat dan Latihan (CenTTM) dengan kerjasama Pejabat Pendaftar akan mengadakan Kursus Orientasi Staf Baharu UniSZA Siri 3/2023. Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk memberi pengetahuan dan pemahaman mengenai objektif, fungsi dan struktur sesebuah organisasi, menerapkan nilai-nilai teras UniSZA dan memahami tanggungjawab sebagai staf disamping menghayati budaya serta persekitaran organisasi di UniSZA.

Maklumat kursus adalah sepertimana ketetapan berikut :

Tarikh/Hari : 13 - 15 Mac 2023 (Isnin - Rabu)

Tempat : Kem Survival, Pusat Pembangunan Holistik Pelajar (PPHP) Merang, Setiu, Terengganu

 

Kerjasama dan komitmen tuan/puan amatlah diharapkan dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.