UniSZA      CenTTM      e-Latihan

KURSUS ORIENTASI STAF BAHARU SIRI 1/2023

 

 

               

           

 

UniSZA Kampus Gong Badak, Kuala Nerus – Pejabat Pendaftar dengan kerjasama Pusat Pengurususan Bakat dan Latihan (CenTTM) telah berjaya menganjurkan Kursus Orientasi Staf Baharu UniSZA Siri 1/2023 pada 10-12 Januari 2023 di Kem Survival Merang, Pusat Pembangunan Holistik Pelajar (PPHP), Merang, Setiu. Kursus ini dirasmikan Encik Ismail bin Musa, wakil Pejabat Pendaftar UniSZA. Seramai 40 orang peserta terlibat bagi menjayakan kursus ini.

Program ini bermula pada pagi Hari Selasa dan pengisian slot dimulai dengan ucapan perasmian daripada wakil Pendaftar, Encik Ismail bin Musa dan diikuti oleh taklimat program daripada urus setia. Aktiviti untuk kesemua slot pada hari itu merupakan Latihan Dalam Kumpulan (LDK) bermula dari slot pagi hingga slot malam dan diketuai oleh fasilitator jemputan luar. Pada malam hari, aktiviti dimulakan dengan solat Maghrib dan solat Isyak berjemaah dan disusuli dengan slot kerohanian yang disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu Prof. Madya Dr. Mohd. Shafiee Bin Hamzah, pensyarah Fakulti Pengajian Kontemporari Islam dan Wan Fajrulhisyam Bin Wan Abdullah, Pegawai Hal Ehwal Islam Timbalan Pengarah (Pi). Seterusnya, program kembara malam dengan tujuan menguji tahap keberanian peserta dan kerjasama pasukan.

Pada Hari kedua, aktiviti dimulakan dengan latihan jasmani dan selepas itu program slot keempat disambung iaitu Slot Pengurusan Sumber Manusia UniSZA. Slot kelima adalah slot Sistem Pentadbiran & Governan UniSZA. Slot keenam adalah slot Keselamatan Dalam Kampus. Slot ketujuh pada malam hari adalah slot Intergriti, Peraturan & Tatatertib (605).   Pada malam terakhir, terdapat aktiviti Malam Persembahan Kebudayaan.

Hari terakhir program dimulai dengan latihan jasmani. Slot kelapan diteruskan dengan program Nilai Teras UniSZA. Slot terakhir adalah slot Pengurusan Asas Kewangan. Program ini berakhir dengan majlis penutup oleh pengarah CenTTM, Prof. Dr. Wan Norhayate Binti Wan Daud dan sesi bergambar kenang-kenangan bersama peserta.

Ucapan ribuan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat. Semoga kursus ini dapat diteruskan dan dimanfaatkan oleh semua staf UniSZA.