BENGKEL CHATGPT UNISZA 2023
UniSZA Kampus Gong Badak, Kuala Nerus - Pusat Pengurusan Bakat dan Latihan (CenTTM) telah berjaya menganjurkan Bengkel CHATGPT kepada Staf Akademik (terbuka kepada semua staf Akademik) dan Staf Pentadbiran (Gred 41-52) UniSZA Tahun 2023. Bengkel diadakan pada 1 Mac 2023 (Rabu) bermula 10.00 pagi hingga 4.30 petang di Dewan Seminar CenTTM 1, Bangunan CenTTM UniSZA. Pencermah jemputan ialah YBRS. Dr. Izani Bin Zainal. Beliau merupakan pensyarah universiti, Pusat Reka Bentuk Sistemik Inovatif Dalam Aplikasi Dan Kandungan Fakulti Multimedia Kreatif, Universiti Multimedia.
Bengkel ini bertujuan membantu menyediakan teks yang koheran dan ditulis dengan baik dalam pelbagai gaya, topik dan bahasa serta ringkasan berita, penerangan produk atau cerita yang dihasilkan. Penggunaan ChatGPT ini amat penting dalam urusan pembelajaran dan pengajaran (PdP) serta pentadbiran pada masa kini. pelbagai maklumat dapat diperolehi melalui bengkel ini.
Diharapkan bengkel ini dapat memberi manfaat kepada peserta yang terlibat dalam menaiktaraf prestasi kerja mereka dalam pengurusan akadmeik dan pejabat di masa akan datang.