KURSUS ORIENTASI STAF BAHARU SIRI 2/2023
UniSZA Kampus Gong Badak, Kuala Nerus – Pejabat Pendaftar dengan kerjasama Pusat Pengurususan Bakat dan Latihan (CenTTM) telah berjaya menganjurkan Kursus Orientasi Staf Baharu UniSZA Siri 2/2023 pada 14-16 Februari 2023 di Kem Survival Merang, Pusat Pembangunan Holistik Pelajar (PPHP), Merang, Setiu. Kursus ini dirasmikan Encik Mohd Husnizan bin Mohd Nor, Ketua Penolong Pendaftar, Pejabat Pendaftar mewakili Pendaftar UniSZA. Seramai 39 orang peserta terlibat bagi menjayakan kursus ini.
Program ini bermula pada pagi Hari Selasa dan pengisian slot dimulai dengan ucapan perasmian daripada wakil Pendaftar, Mohd Husnizan bin Mohd Nor dan diikuti oleh taklimat program daripada urus setia. Aktiviti untuk kesemua slot pada hari itu merupakan Latihan Dalam Kumpulan (LDK) bermula dari slot pagi hingga slot malam dan diketuai oleh fasilitator jemputan luar. Pada malam hari, aktiviti dimulakan dengan solat Maghrib dan solat Isyak berjemaah dan disusuli dengan slot kerohanian yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Said bin Ismail, Pegawai Hal Ehwal Islam, Pusat Islam dan Ustaz Ustaz Miar Zul Aizuddin Bin Miar Lob, Pembantu Hal Ehwal Islam. Seterusnya, program kembara malam dengan tujuan menguji tahap keberanian peserta dan kerjasama pasukan.
Pada Hari kedua, aktiviti dimulakan dengan latihan jasmani dan selepas itu program slot keempat disambung iaitu Slot Pengurusan Sumber Manusia UniSZA. Slot kelima adalah slot Sistem Pentadbiran & Governan UniSZA. Slot keenam adalah slot Intergriti, Peraturan & Tatatertib (605). Slot ketujuh pada malam hari adalah slot Keselamatan Dalam Kampus. Pada malam terakhir, terdapat aktiviti Malam Persembahan Kebudayaan.
Hari terakhir program dimulai dengan latihan jasmani. Slot kelapan diteruskan dengan program Nilai Teras UniSZA. Slot terakhir adalah slot Pengurusan Asas Kewangan. Program ini berakhir dengan majlis penutup dan sesi bergambar kenang-kenangan bersama wakil pengarah CenTTM iaitu Encik Wan Mohd Hamidi Bin Wan Harun.
Semoga kursus ini dapat diteruskan dan dimanfaatkan oleh semua staf UniSZA.