ANUGERAH AKADEMIK UNIVERSITI (AAU) UniSZA 2022
PROF. TS. DR. SAIFUL DINOBAT ANUGERAH TOKOH AKADEMIK UniSZA 2022
Kuala Nerus, Terengganu – Dekan Fakulti Reka Bentuk Inovatif dan Teknologi Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Prof. Ts. Dr. Saiful Bahri Mohamed dinobatkan sebagai penerima Anugerah Tokoh Akademik slot Anugerah Akademik Universiti (AAU) pada Majlis Anugerah Kecemerlangan Staf UniSZA yang telah berlangsung di Dewan Perdana UniSZA, Kuala Nerus, Terengganu pada 13 September 2022. Beliau sekaligus membawa pulang wang tunai sebanyak RM5000.00, piala dan sijil yang disampaikan oleh Naib Canselor UniSZA, Prof. Dr. Fadzli Adam.
Prof. Fadzli ketika ditemui berkata, AAU adalah pengiktirafan tertinggi universiti kepada penggerak akademik yang telah banyak memberi sumbangan kepada universiti dalam aktiviti pentadbiran, pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan, inovasi, pengkormesialan serta mengharumkan nama UniSZA di peringkat global. "Pengiktirafan ini juga adalah manifestasi keprihatinan dan komitmen universiti dalam memartabatkan staf akademik dalam pentadbiran universiti. Selain itu, pengiktirafan ini akan memberi motivasi kepada staf akademik untuk terus berusaha bagi meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran serta penyelidikan dalam memartabatkan nama UniSZA di peringkat kebangsaan dan antarabangsa”, katanya.
Pada majlis itu, untuk slot AAU sebanyak 10 kategori anugerah akademik yang dipertandingkan antaranya Anugerah Tokoh Akdemik, Anugerah Ahli Akademik Harapan, Anugerah Pengajaran, Anugerah Inovasi dan Pengkomersilan Produk, Anugerah Penerbitan Berimpak Tinggi, dan Anugerah Penerbitan Buku. Pemenang-pemenang dan ganjaran hadiah yang diberikan adalah:
Link senarai penerima anugerah: https://drive.google.com/file/d/1xCp07RtA4HGisJWnKkr17w8C5maXIwDN/view?usp=sharing
- Anugerah Tokoh Akdemik membawa pulang wang saguhati pemenang RM5000.00, sijil serta trofi.
- dari Fakulti Bioteknologi dan Indutri Makanan (FBIM) dinobatkan penerima Anugerah Ahli Akademik Harapan membawa pulang wang saguhati RM3000.00, sijil serta trofi.
- Pengajaran Kategori Sains Kesihatan dengan membawa pulang wang saguhati RM2000.00, sijil serta trofi.
- Fakulti Pengajian Kontemporari Islam (FKI) penerima Anugerah Pengajaran Kategori Sastera dan Sains Sosial dengan membawa pulang wang saguhati RM2000.00, sijil serta trofi.
- Fakulti Bioteknologi dan Indutri Makanan (FBIM) penerima Anugerah Pengajaran Kategori Sastera Gunaan dan Sains Sosial Gunaan dengan membawa pulang wang saguhati RM2000.00, sijil serta trofi.
- Buku “Maternal Psychosocial Issues Related to Premature Infants: Way to Overcome” oleh Prof. Madya Dr. Ong Swee Leong & Prof. Madya Dr. Azmi bin Hassan dari Fakulti Sains Kesihatan (FSK) telah memenagi Anugerah Penerbitan Buku kategori Perubatan/Kesihatan serta membawa pulang wang saguhati RM2000.00, sijil serta trofi.
- Buku “Sumbangan Keilmuan Tokoh Ulama Terengganu” oleh Prof. Dr. Engku Ahmad Zaki bin Engku Alwi, Dr. Zurita binti Mohd Yusof & Dr. Engku Ibrahim bin Engku Wok Zin dari Fakulti Pengajian Kontemporari Islam (FKI) telah memenagi Anugerah Penerbitan Buku kategori Sains Sosial dan Kemanusiaan-Pengurusan dan membawa pulang wang saguhati RM2000.00, sijil serta trofi.
- Buku “Multidisciplinary Perspectives on Business Management” oleh Prof. Madya Dr. Puspa Liza binti Ghazali, & Dr. Nik Hazimi bin Mohammed Foziah dari Fakulti Perniagaan dan Pengurusan (FPP) telah memenagi Anugerah Penerbitan Buku kategori Sains Sosial dan Kemanusiaan-Pengurusan dan membawa pulang wang saguhati RM2000.00, sijil serta trofi.
- Buku “Al-Asma' al-Husna: Menurut Imam Al-Ghazali” oleh Dr. Mohd Hasrul bin Shuhari & Mohd Fauzi bin Hamat dari Fakulti Pengajian Kontemporari Islam (FKI) telah memenagi Anugerah Penerbitan Buku kategori Sains Sosial dan Kemanusiaan-Agama dan membawa pulang wang saguhati RM2000.00, sijil serta trofi.
- Buku “Enhancing The Teaching and Learning of English at Malaysian Tertiary Education” oleh Prof. Madya Dr. Zailani binti Jusoh, Prof. Madya Dr. Engku Suhaimi bin Engku Atek & Encik Shahzool Hazimin bin Azizam dari Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBK) telah memenagi Anugerah Penerbitan Buku kategori Lain-lain dan membawa pulang wang saguhati RM2000.00, sijil serta trofi.
- Anugerah Penerbitan Berimpak Tinggi kategori Sains dan Teknologi dinobatkan sebagai pemenang bersama oleh Dr. Hamid Ali Nagi Al-Jamal & Dr. Nur Hayati binti Jasmin dari Fakulti Sains Kesihatan (FSK) membawa pulang wang saguhati RM1000.00 setiap seorang beserta sijil dan trofi.
- Dan, Anugerah Penerbitan Berimpak Tinggi kategori Sains Sosial dimenagi oleh Prof. Madya Dr. Radzuwan bin Ab Rashid dari Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBK) dengan membawa pulang wang saguhati RM2000.00 beserta sijil dan trofi.
AAU peringkat UniSZA diselaraskan olehPusat Pengurusan Bakat dan Latihan (CenTTM) bermula pada 2017 yang merupakan satu pengiktirafan kepada para pensyarah di atas sumbangan kepada UniSZA dalam bidang akademik. Pemilihan penerima anugerah adalah berdasarkan sumbangan mereka kepada peningkatan prestasi kualiti pendidikan, sumbangan kepada pentadbiran, penyelidikan, penerbitan, pengiktirafan badan profesional, pengkormesialan, penyeliaan siswazah dan khidmat kepada masyarakat serta meletakkan nama UniSZA di pentas global.