CERAMAH IHYA RAMADAN: NUZUL AL-QURAN
Khamis, 22 April 2021 / 10 Ramadan 1442H - Pusat Pengurusan Latihan dan Bakat (CenTTM) telah berjaya menganjurkan ceramah Ihya Ramadan secara dalam talian kepada staf UniSZA siri 3/2021 pada jam 10 pagi. Ceramah ini telah disampaikan oleh YBhg. Dato' Dr. Zulkifly bin Muda, Mantan Mufti Terengganu dengan tajuk Nuzul Al-Quran. Seramai 575 staf UniSZA telah menyertai ceramah ini. Diharapkan program ini dapat dihayati sebagai bulan yang dipenuhi rahmat dan barakah serta pemangkin kejayaan ummah buat staf UniSZA.