CERAMAH IHYA RAMADAN: HADIRMU KU TUNGGU
Pusat Pengurusan Latihan dan Bakat (CenTTM) telah berjaya menganjurkan ceramah Ihya Ramadan secara dalam talian kepada staf UniSZA siri 1/2021 pada 13 April 2021 bersamaan 1 Ramadan 1442H (Selasa) jam 10 pagi. Ceramah ini telah disampaikan oleh Ustaz Wan Fajrulhisyam bin Wan Abdullah, Pegawai Hal Ehwal Islam Kanan, Pusat Islam UniSZA dengan tajuk Ramadan: Hadirmu Ku Tunggu. Seramai 315 staf UniSZA telah menyertai ceramah ini. Diharapkan program ini dapat dihayati sebagai bulan yang dipenuhi rahmat dan barakah serta pemangkin kejayaan ummah buat staf UniSZA.