UniSZA      CenTTM      e-Latihan

KURSUS UniSZA TEAM BUILDING: PEMERKASAAN PEGAWAI TADBIR GRED N41 DAN KE ATAS SIRI 1/2021



   DSC_2434_copy.jpg  DSC_2457.JPG  DSC_2485.JPGDSC_2570.JPG  DSC_2608.JPG  DSC_2659.JPG

 

UniSZA Kampus Gong Badak, Kuala Nerus - Pejabat Pendaftar dengan kerjasama Pusat Pengurusan Bakat dan Latihan (CenTTM) telah berjaya menganjurkan kursus UniSZA Team Building: Pemerkasaan Pegawai Tadbir Gred N41 dan ke atas Siri 1/2021 pada 10 April 2021 (Sabtu) di Kem Survival iM4U, Pusat Pembangunan Holistik Pelajar (PPHP), Merang Setiu. Kursus dirasmikan oleh wakil Naib Canselor UniSZA, YBrs. Dr. Mohd Badrol bin Awang, Penasihat Undang-Undang UniSZA. Seramai 36 orang peserta terlibat bagi menjayakan kursus ini termasuk tuan Pendaftar UniSZA.

Pengisian slot dimulai dengan ucapan perasmian daripada YBrs. DR. Mohd Badrol diikuti ucapan aluan daripada Pendaftar, Encik Ismail bin Musa. Aktiviti senamrobik diketuai oleh urusetia kursus. Aktiviti latihan dalam kumpulan bermula di jeti kem diikuti mendaki bukit ke Balai Cerap, berjalan ke rumah api dan berenang dari seberang tapak kem. Aktiviti diakhiri dengan pembahagian hadiah kepada pemenang dan sesi bergambar kenang-kenangan bersama Pendaftar UniSZA.

Semoga kursus ini dapat diteruskan dan dimanfaatkan oleh lebih ramai staf UniSZA.