BENGKEL ASAS PENGURUSAN PEJABAT KEPADA STAF UniSZA TAHUN 2021
Pejabat Pendaftar dengan kerjasama Pusat Pengurusan Bakat dan Latihan (CenTTM) telah berjaya menganjurkan Bengkel Asas Pengurusan Pejabat Kepada Staf UniSZA Tahun 2021. Bengkel diadakan pada 22-24 Mac 2021 (Isnin-Rabu) di Dewan Seminar CenTTM 1, Bangunan CenTTM UniSZA. Perisian bengkel bagi Pengurusan Penulisan Minit Mesyuarat dan Mesyuarat Tanpa Kertas (Paperless Meeting) disampaikan oleh Puan Wan Mazrina binti Wan Mansor, Penulisan Surat Rasmi & Memo Berkualiti disampaikan oleh Cik Nurhana binti Ghazali, Penulisan Kertas Cadangan disampaikan oleh Puan Rosliza binti Abdul Razak, Sistem Pengurusan & Pengkelasan Fail/Rekod disampaikan oleh Puan Anizan binti Jaafar, Pengurusan Kewangan UniSZA disampaikan oleh Encik Suhaili bin Mohd dan Pengurusan Majlis Universiti telah disampaikan oleh Encik Najmuddin bin Mohamed Sarawi. Peserta yang terlibat ialah 45 orang daripada 50 orang.
Diharapkan bengkel ini dapat memberi manfaat kepada peserta yang terlibat dalam menaiktaraf prestasi kerja mereka dalam pengurusan pejabat.