Leadership Programme Being a UniSZA Leader
Pusat Pengurusan Bakat dan Latihan (CenTTM) dengan kerjasama Pejabat Naib Canselor telah mengadakan Leadership Programme Being a UniSZA Leader bersama dua orang penceramah jemputan dari Sukha Consulting Ltd, United Kingdom iaitu Martin Horton dan Fatima Vepari.
Program ini bertujuan untuk melahirkan pemimpin terbaik bagi memastikan kecekapan dan keberkesanan organisasi dapat dicapai melalui proses mengintegrasikan kesemua faktor-faktor dalam organisasi secara strategik.
Program ini turut bertujuan bagi membangunkan Kelompok Bakat UniSZA yang berpotensi tinggi agar mampu menyumbang kepada kepimpinan universiti pada masa akan datang.
Sekian dan salam hormat.