BENGKEL PEMANTAPAN OUTCOME BASED EDUCATION (OBE) STAF AKADEMIK TAHUN 2020
Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Pengurusan Bakat dan Latihan (CenTTM) dengan kerjasama Pusat Pengurusan Kecemerlangan & Inovasi Akademik (CoMAE-i) akan mengadakan Bengkel Pemantapan Outcome-Based Education (OBE) staf Akademik UniSZA bagi Tahun 2020.
Maklumat bengkel adalah sepertimana berikut :
Tarikh/Hari : 4 hingga 6 Februari 2020/ Selasa hingga Khamis
Masa : 8.30 pagi hingga 4.30 petang
Tempat : Dewan Seminar CenTTM, Bangunan CenTTM
UniSZA Kampus Gong Badak
Fakulti Terlibat : Fakulti Bahasa dan Komunikasi - Fasa 1
Tujuan bengkel ini adalah bagi mempertingkatkan kefahaman pensyarah tentang pelaksanaan Outcome-Based Education di dalam program akademik dan melatih tentang proses baharu terutamanya untuk mempertingkatkan kefahaman tentang proses penyediaan rangka instruksional kursus.
Sebarang pertanyaan mengenai bengkel ini boleh hubungi Puan Nur Amalyna Radzali, Pegawai Psikologi CenTTM di talian 09-6688961.
Sekian, untuk makluman
Pusat Pengurusan Bakat dan Latihan (CenTTM)
Bangunan CenTTM
UniSZA Kampus Gong Badak