UniSZA      CenTTM      e-Latihan

Kursus Pengacaraan Kreatif kepada Staf UniSZA

Pusat Pengurusan Bakat dan Latihan (CenTTM) telah mengadakan Kursus Pengacaraan Kreatif kepada Staf UniSZA.

Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada para peserta tentang perancangan, pelaksanaan dan pengacaraan sesuatu majlis yang formal.

Selain itu, kursus ini turut bertujuan memberi pengetahuan dan kemahiran asas yang cukup dalam bidang ini serta pendedahan dan bimbingan bagaimana caranya menguruskan majlis dengan cekap dan sempurna mengikut amalan Protokol semasa.

Kursus yang diadakan selama dua hari bermula 23-24 Julai 2019 ini telah diadakan di Dewan Seminar CenTTM, UniSZA dan menampilkan penceramah dari INTAN Bukit Kiara, Puan Suzana binti Ibrahim. 

 

penulisan 1 kreatif 1  kreatif 2penulisan 2