Bengkel e-Pembelajaran kepada staf Akademik Baharu UniSZA
Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Pengurusan Bakat dan Latihan (CenTTM) dengan kerjasama Pusat Pengurusan Kecemerlangan Akademik dan Pengantarabangsaan akan mengadakan Bengkel e-Pembelajaran kepada staf Akademik Baharu UniSZA. Tujuan bengkel ini adalah untuk melatih pensyarah baharu menggunakan fungsi asas dalam pelantar e-Pembelajaran UniSZA (KeLIP) dan mendedahkan kepada pensyarah baharu berkaitan dasar/polisi/inisiatif e-Pembelajaran UniSZA.
Maklumat bengkel adalah sepertimana ketetapan berikut :
Tarikh/Hari : 18-19 Ogos 2019 (Ahad-Isnin)
Masa : 8.30 Pagi - 4.30 Petang
Tempat : Makmal Komputer e-Pembelajaran,
Blok A,
UniSZA Kampus Gong Badak
Surat mohon peserta telah diedarkan ke fakulti dan PTj masing-masing pada 5 Ogos 2019 (Ahad). Sebarang pertanyaan tuan/puan bolehlah berhubung dengan Encik Mohd Zulfa bin Awang, Penolong Pendaftar Kanan, CenTTM di talian 09-6688951.
Kerjasama pihak Fakulti dan PTj untuk mencalonkan staf akademik baharu bagi menghadiri bengkel tersebut amatlah diharapkan dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian, untuk makluman.