UniSZA      CenTTM      e-Latihan

Jemputan Menghadiri Bengkel Tatacara Pelupusan Rekod Awam

Sukacita dimaklumkan bahawa Pejabat Pendaftar dengan kerjasama Pusat Pengurusan Bakat dan Latihan (CenTTM) akan mengadakan Bengkel Pelupusan Rekod Awam Kepada Pegawai Rekod Jabatan (PRJ) dan Pembantu Tadbir Rekod Jabatan (PTRJ) UniSZA. Tujuan bengkel ini diadakan supaya PTj mempunyai pelbagai rekod jabatan masing-masing dan rekod tersebut dilupuskan mengikut tatacara yang telah digariskan oleh Arkib Negara Malaysia serta dasar pengurusan rekod kerajaan menetapkan prinsip dan teras pengurusan rekod yang perlu dipatuhi dan dilaksanakan oleh setiap jabatan / agensi kerajaan.

Maklumat bengkel adalah sepertimana ketetapan berikut :

Tarikh/Hari : 14-15 Ogos 2019 (Rabu-Khamis)
Masa : 8.30 Pagi - 4.30 Petang
Tempat : Dewan Auditorium Perpustakaan UniSZA
Kampus Gong Badak

Penceramah : Arkib Negara Malaysia Cawangan Terengganu

Surat peserta yang dipilih oleh PTj / Fakulti telah diedarkan ke fakulti dan PTj masing-masing pada 5 Ogos 2019 (Ahad). Sebarang pertanyaan tuan/puan bolehlah berhubung dengan Puan Zuwariyah binti Abdul Rahman, Penolong Pendaftar Kanan, Pejabat Pendaftar di talian 09-6688358.

Kerjasama tuan/puan bagi menghadiri bengkel tersebut amatlah diharapkan dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.